KUALA LUMPUR: Aktivis sosial digalakkan untuk kekal aktif menyuarakan pandangan konstruktif yang membawa kepada perubahan positif kepada pembangunan negara dan masyarakat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan aktivis sosial tidak boleh dipandang sepi terutamanya dalam usaha membangunkan sesebuah negara yang adil, penuh ihsan tanpa mengabaikan mana-mana lapisan masyarakat. Bagaimanapun, katanya, gerakan aktivis sosial itu mesti disusun secara bijaksana dan bukannya membawa pandangan ekstreme seperti mempromosikan kebencian, sinis, menjatuhkan…










