KUALA LUMPUR: Sebanyak 796 hektar kebun getah terbiar di Sarawak berjaya dipulihkan dengan kos berjumlah RM3.956 juta menerusi pelaksanaan Program Pemulihan Getah Terbiar (PGT). Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, pelaksanaan program itu memberi manfaat signifikan kepada pekebun kecil di Sarawak melalui peningkatan produktiviti kebun, penjanaan semula hasil serta pengukuhan sosioekonomi komuniti luar bandar. Katanya, kementerian melalui Lembaga Kemajuan Industri Getah (RISDA) juga telah memperuntukkan sebanyak…









