ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah mematahkan cubaan menyeludup keluar 40 bungkusan plastik hitam disyaki berisi daun ketum dianggarkan seberat 400 kilogram (kg), pagi semalam. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, daun ketum tersebut ditemukan terapung sekitar 0.3 batu nautika Pantai Leman, Kuala Kedah pada pukul 2.22 pagi. “Hasil maklumat risikan, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan…










