46 anggota Maritim Malaysia ke AS, bawa pulang kapal EX-USCG Cutter Steadfast 

46 anggota Maritim Malaysia ke AS, bawa pulang kapal EX-USCG Cutter Steadfast 

FACEBOOK MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 46 orang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan ke Baltimore, Amerika Syarikat Jumaat ini bagi membawa pulang kapal EX-USCG Cutter Steadfast ke tanah air.

Pasukan ini merupakan kru pertama bagi kapal berkenaan yang bakal menjadi aset baharu Maritim Malaysia, sekali gus memperkukuh keupayaan penguatkuasaan maritim negara khususnya di perairan Laut China Selatan.

Kapal EX-USCG Cutter Steadfast memiliki saiz 64.14 meter panjang dan 10 meter lebar serta mampu mencapai kelajuan sehingga 18 knots.

Kapal berkenaan dijangka tiba di Malaysia pada pertengahan bulan  November ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, misi ini sebagai lipatan sejarah yang membanggakan bukan sahaja kepada agensi tetapi buat Malaysia keseluruhannya

“Misi ini bukan sekadar pelayaran biasa. Ia simbol pengiktirafan antarabangsa kepada keupayaan dan profesionalisme Maritim Malaysia,” katanya dalam sesi amanat khas semalam.

Seramai empat kru Maritim Malaysia telah berada di Baltimore sejak Mei lalu bagi menjalani latihan penyesuaian dan pemeriksaan teknikal ke atas kapal berkenaan sebagai persiapan awal sebelum pelayaran pulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN