PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas dua tuduhan salah guna kedudukan. Mengikut pertuduhan pertama, Najib didapati bersalah atas tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk suapan RM60,629,839.43. Bagi pertuduhan kedua, beliau didapati bersalah atas tuduhan menggunakan kedudukan bagi suapan RM90,099,927.28. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah sedang membacakan keputusan bagi baki 23 pertuduhan. – UTUSAN BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL










