PETALING JAYA: Berlaku ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan siasatan tatatertib oleh Jabatan Imigresen (JIM) terhadap 27 pegawainya yang ditahan dalam serbuan berkaitan narkotik di sebuah kelab malam, April tahun lalu. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan, akan merujuk kes berkenaan kepada pihak berkuasa tatatertib JIM supaya tindakan diambil mengikut Peraturan 38 Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atas kesalahan ingkar perintah. Katanya, pegawai terlibat juga akan dirujuk…










