Waspada Monsun Timur Laut bermula khamis ini

Waspada Monsun Timur Laut bermula khamis ini

DR. MOHD. HISHAM MOHD. ANIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fenomena Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini dijangka bermula pada 13 November dan berterusan sehingga Mac 2026.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, MTL kali ini dijangka membawa lima hingga tujuh siri hujan lebat berterusan.

“Keadaan ini mampu mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berhampiran sungai dan berkedudukan rendah.

“Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan..

Katanya, orang ramai boleh menyemak maklumat melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN