KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) akan mengumumkan senarai rasmi calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 melalui majlis penyerahan watikah pelantikan pada 12 November (Rabu) ini, iaitu tiga hari sebelum hari penamaan calon. Pengarah Pilihan Raya Warisan, Datuk Darell Leiking berkata, majlis akan diadakan di Ibu Pejabat Warisan di Borneo Sports Arena (BSA), Kelombong pada pukul 10 pagi. Katanya, parti sudah memuktamadkan senarai calon bagi semua 73 kerusi…










