Warga emas sesat ketika menjala ditemukan selamat

Warga emas sesat ketika menjala ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di kawasan longkang besar berhampiran Taman Lestari Putra, Serdang semalam, ditemukan selamat pagi ini selepas dipercayai tersesat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa dikenali sebagai Saharun Hashim, ditemukan kira-kira pukul 9.55 pagi ini dalam keadaan selamat dan sihat.

“Mangsa yang dipercayai sesat diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Beliau berkata, kehilangan mangsa dilaporkan pada pukul 8.47 malam semalam dan operasi mencari telah dijalankan hingga pukul 10.20 malam sebelum disambung semula pagi ini.

Katanya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) terlibat dalam operasi berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dalam radius 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), keluarga dan penduduk setempat.

“Ketika pencarian dilakukan, pasukan hanya menemukan motosikal milik mangsa di lokasi berkenaan sebelum operasi ditangguhkan pada pukul 10.20 malam dan disambung semula pagi ini,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN