KOTA KINABALU: UMNO Sipitang tidak menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selaras Perlembagaan UMNO melarang membantu calon pernah mengkhianati parti. Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Ab. Rahman Mohd. Noh berkata, pendirian itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa UMNO Bahagian Sipitang yang membincangkan perkembangan selepas pengumuman calon UMNO Sabah pada 9 November lalu. Menurut beliau, UMNO Sipitang dukacita…










