BALING: Perjuangan Kedah menuntut hak negeri ini terhadap Pulau Pinang tidak akan dihentikan walaupun ianya berlarutan sehingga mencecah usia ribuan tahun. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara itu akan diteruskan kerana ianya membabitkan legasi nenek moyang serta amanah kepada generasi kini. “Dia (Exco Pulau Pinang) kata saya ungkit benda 200 tahun lalu. Kalau 1,000 tahun pun saya akan ungkit juga. Hak kita, hak anak cucu kita.…










