KUALA LUMPUR: Permohonan semakan kehakiman berkaitan Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di rumah akan diputuskan pada 5 Januari 2026. Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Alice Loke Yee Ching menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat hari ini. Pada 13 Ogos lalu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim memutuskan bahawa Titah…










