‘Tindakan kami demiselamatkan parti,pertahan keharmonian PN’

‘Tindakan kami demi selamatkan parti, pertahan keharmonian PN’

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan menegur keputusan kepimpinan tertinggi parti bukan pengkhianatan sebaliknya langkah patriotik demi menyelamatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan mempertahankan keharmonian Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, usaha mereka adalah tindakan patriotik bagi memastikan Bersatu kekal kukuh dan tidak terus diheret ke dalam kemelut kepimpinan dalaman yang berpunca daripada tindakan Presiden parti yang didakwa tidak lagi mengamalkan pendekatan demokratik.

“Tindakan saya, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan ramai lagi ketua bahagian yang digantung atau dipecat adalah tindakan patriotik terhadap parti. Kami mempertahankan parti dalam kerangka keharmonian PN,” katanya ketika dihubungi
Utusan Malaysia.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, pergolakan dalam Bersatu adalah berpunca daripada dua individu kehilangan arah selepas dipecat dan digantung Lembaga Disiplin parti kerana cuba menjatuhkan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengasas bersama Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof mendedahkan parti itu kini terbahagi kepada dua
kem iaitu yang hendak mempertahankan institusi Presiden mengikut ketetapan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT).

Katanya, satu kem lagi sedang menekan supaya Muhyiddin menyerahkan kuasa kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagi memangku jawatan tersebut.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, keputusan parti yang dibuat secara tertutup tanpa perbincangan lebih luas serta hanya berpandukan kepada satu kelompok tertentu telah membawa kepada ketegangan hubungan dalam PN.

“Langkah menamakan calon Perdana Menteri sebelum masanya sebagai keputusan tergesa-gesa yang menjejaskan imej parti dan mengundang reaksi negatif rakyat serta Pas,” katanya.

Pada masa sama, Wan Fayhsal Ahmad turut mengkritik Mohd. Redzuan yang didakwa tidak lagi layak mengulas kemelut parti kerana bukan lagi berada dalam barisan kepimpinan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN