TELUK INTAN: “Kami tiga beradik seronok tinggal di sini, namun tetap rindukan bapa,” luah Xuan, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di sini, sejak sebulan lalu. Xuan berlindung di Pusat Jagaan Kebajikan Jaz (Jaz Home) bersama adik perempuan tujuh tahun dan adik lelakinya yang berusia lima tahun akibat kesempitan hidup. Tiga beradik itu diserahkan oleh bapa mereka berusia 56 tahun yang tidak mampu menyara mereka.…










