Tidak terdesak lakukan IVF - Sweet Qismina

Tidak terdesak lakukan IVF – Sweet Qismina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sweet Qismina, 28, memaklumkan tidak terdesak melakukan persenyawaan invitro (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.

Empunya nama sebenar Farhanna Qismina Supandi berkata bahkan dia dan suaminya, Adam Lee menyerahkan sepenuhnya soal zuriat kepada Allah S.W.T.

“Saya tidak pernah terfikir untuk lakukan sebarang rawatan. Rumah tangga saya pun baru berusia tiga tahun manakala saya pun masih muda.

“Saya sekarang ini hanya mengikut aturan Allah. Ada rezeki (miliki cahaya mata), adalah. Semua ini kuasa Allah, jadi saya tak boleh komen lebih.

“Cuma saya mahu orang tahu yang saya dan suami gembira. Kami harap semua pihak mendoakan agar kami beroleh zuriat, amin,” katanya.

Sweet berkata demikian ketika ditemui sempena Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) baru-baru ini.

Dia, pada majlis penganugerahan berprestij itu diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik hasil lakonan memberangsangkan dalam filem Babah.

Mengulas lanjut, Sweet memaklumkan sokongan yang diberikan orang terdekat membuatkan dia dan suami tenang dan bahagia dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Kami tidak pernah terima tekanan daripada mana-mana pihak pasal anak. Malah keluarga kami selalu memberikan sokongan.

“Ramai faham yang saya dan suami tak pernah merasa terdesak untuk menimang cahaya mata,” kongsinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN