Tiada parti mampu tubuh kerajaan negeri sendirian

Tiada parti mampu tubuh kerajaan negeri sendirian

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini menjangkakan tiada parti mampu menubuhkan kerajaan negeri sendirian berdasarkan trend semasa politik dan pola sokongan pengundi di seluruh negeri.

Andaian itu berdasarkan beberapa faktor antaranya persaingan sengit antara 596 calon dalam kalangan 24 parti politik dan 74 calon Bebas bagi merebut 73 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keadaan itu menggambarkan landskap politik Sabah yang semakin berpecah kepada beberapa blok secara kompetitif, sekali gus menjadikan perebutan sokongan pengundi di kawasan menjadi lebih kompleks.

Persaingan PRN Sabah kali ini sukar diramalkan apatah lagi tiga gagasan utama iaitu Barisan Nasional (BN), Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) masing-masing memiliki kekuatan tersendiri di kawasan tertentu.

Setakat kini, maklumat dalaman BN bahawa parti itu mengesan terdapat 15 kerusi putih berpotensi menang manakala selebihnya berpeluang tipis menang atau kalah, begitu juga GRS yang dijangka sekurang-sekurangnya 17 DUN.

Warisan pula diramalkan memenangi 29 kerusi seperti PRN Sabah 2020 meskipun parti itu bertekad mahu meraih majoriti mudah 37 kerusi tanpa membentuk pakatan bersama pihak lain.

Namun pemerhatian Utusan Malaysia pada minggu akhir PRN Sabah merumuskan Warisan dan GRS bersaing sengit menerusi tinjauan kempen dan ceramah dianjurkan, manakala BN sedang mengejar.

Namun begitu, kehadiran parti tempatan Sabah khususnya sudah lama berakar seperti Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Star) dan Parti Maju Sabah (SAPP) dijangka berpotensi tinggi menyumbang kemenangan sekurang-kurangnya lima kerusi.

Dalam pada itu, kekuatan 74 calon Bebas tidak boleh dinafikan terutamanya Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda di DUN Tanjong Kapor apabila beliau peluang cerah merekod kemenangan PRN kali ini.

Melihat perkembangan semasa, pembentukan kerajaan selepas PRN hanya dapat direalisasikan melalui pakatan antara parti dengan rundingan selepas keputusan pengundian menjadi faktor penentu kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri yang baharu.

Dalam situasi ini, Pakatan Harapan (PH) yang dijangka meraih sekurang-kurangnya lapan atau sembilan kerusi bersama parti tempatan lain serta calon Bebas menjadi penentu pembentukan kerajaan Sabah dengan melihat tawaran rundingan selepas pengumuman keputusan rasmi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×