Ramai dalam kalangan lelaki berusia menganggap perubahan pada diri seperti kurang bertenaga, tiada selera untuk berhubungan intim, atau cepat marah sebagai tanda biasa penuaan. Namun, tidak ramai tahu bahawa keadaan ini mungkin berpunca daripada masalah hormon yang dinamakan Late-Onset Hypogonadism (LOH). Apa itu LOH? LOH iaitu Late-Onset Hypogonadism adalah keadaan apabila paras hormon testosteron menurun secara ketara seiring peningkatan usia. Testosteron adalah hormon utama lelaki yang mengawal tenaga, nafsu seks,…









