PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati terdapat keperluan untuk mewujudkan rangka perundangan khusus seperti Lemon Law bagi menangani isu dan kekangan perlindungan pengguna dalam industri automotif. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, dapatan itu adalah hasil Kajian Perundangan Berkaitan Lemon Law yang dilaksanakan selama enam bulan bermula Jun hingga November 2024 bagi menilai langkah-langkah yang perlu diambil…








