Tanah mendap berulang di Masjid India

Tanah mendap berulang di Masjid India

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejadian tanah mendap di Masjid India berulang ekoran sekali lagi menerusi satu insiden sama yang berlaku di Jalan Bonus, pagi semalam.

Dalam kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kejadian itu dikesan di hadapan satu premis kedai emas sekitar jam 8.39 pagi.

Sementara itu, Jalan Masjid India ditutup sementara kepada semua kenderaan dari Lorong Masjid India 4, bersebelahan masjid, hingga ke kawasan yang terjejas atas faktor keselamatan. 

Pada 24 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa kejadian mendapan di kawasan Masjid India tahun lalu berpunca daripada kegagalan struktur paip pembetung yang telah berkarat serta diperburuk oleh ketidakstabilan tanah dan bukannya disebabkan oleh kewujudan batu kapur seperti yang dibimbangi pada awalnya.

Beliau menjelaskan, kawasan berkenaan terletak di atas Formasi Kenny Hills yang terdiri daripada batuan syis (schist), manakala batu kapur berada jauh lebih dalam, iaitu antara 60 hingga 70 meter di bawah permukaan tanah.

Pada 23 Ogos tahun lalu, seorang pelancong dari India, G. Vijayalakshmi, 48, dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter yang tiba-tiba terbentuk di bawah kakinya berhampiran kawasan Masjid India.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN