SEREMBAN: Cadangan penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan dijangka hanya akan dapat dibawa pada penggal akan datang. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu bergantung sepenuhnya kepada tempoh kajian yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Katanya, keputusan mengenai penambahan kerusi DUN hanya boleh dibuat selepas melalui kajian teknikal, sesi perbincangan dengan kerajaan negeri dan pewartaan. “Kita (negeri) memang biasanya mohon tambah kerusi, tetapi ia…










