IsTakiyuddin serah kepada Speaker putus tindakan

Isu Maritim Malaysia: Takiyuddin serah kepada Speaker putus tindakan

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyerahkan kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membuat keputusan selepas beliau dirujuk ke[ada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung tuduhan ke atas anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, ketika ini beliau sedang menyiapkan jawapan selepas diberikan tempoh tujuh hari bagi menjawab dakwaan yang dibangkitkan berhubung tindakan Maritim Malaysia menyerbu Masjid Rusila di Marang, Terengganu pada 19 September lalu.

“Saya akan serahkan jawapan kepada Speaker Dewan Rakyat, kemudian terpulang kepada beliau untuk memutuskan tindakan seterusnya.

“Bagi saya isu berkenaan selesai selepas penjelasan dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Menteri sudah menjelaskan bahawa ia adalah sebahagian daripada latihan,” katanya.

Setiausaha Agung Pas itu berharap kejadian seperti itu tidak berulang.

Utusan Malaysia pada 27 Oktober lalu melaporkan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul disaran memanggi Takiyuddin untuk menarik balik kenyataan menuduh Maritim Malaysia melakukan serangan di Masjid Kampung Rusila sebagai ingin mengulangi Peristiwa Memali 1985.

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat berkata, Takiyuddin juga perlu memohon maaf kepada Dewan Rakyat susulan kenyataan tersebut.

Minggu lalu, Takiyuddin ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat menyatakan anggota Maritim Malaysia menceroboh Masjid Rusila dan menyamakan tindakan itu sama seperti dengan serangan dalam tragedi Memali 1985.

Takiyuddin mendakwa, sekumpulan 10 hingga 15 individu menaiki lima kenderaan memasuki Masjid Rusila tanpa kebenaran dengan memakai kasut, memasuki ruang solat wanita dan melakukan penggeledahan dengan mendakwa mereka adalah polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN