KUALA LUMPUR: Hasil bedah siasat kedua ke atas jasad Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin menemukan kecederaan leher yang teruk menyebabkan kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor itu pada 28 Julai lalu. Peguam keluarganya, Datuk Naran Singh Ara Singh berkata, hasil bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati bahawa Allahyarham mengalami kecederaan teruk pada bahagian leher serta melecet…










