Sulabayan: Lebih 10,000 tiada MyKad

Sulabayan: Lebih 10,000 tiada MyKad

ABD. HAJAN GURIMBANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KOTA KINABALU: Isu hampir 10,000 penduduk di Sulaba­yan yang masih belum memiliki dokumen pengenalan sah menjadi cabaran utama kepada calon yang bertanding di kawasan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Ketua Bahagian Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Sulabayan, Datuk Abd. Hajan Gurimbang berkata, masalah dokumentasi yang berlarutan sejak sekian lama itu bukan sahaja menjejaskan hak rak­yat, malah boleh menjadi ujian sebenar terhadap kemam­puan calon mena­ngani isu akar umbi.

Katanya, Sulabayan perlu dijadikan sebagai daerah kecil yang mempunyai pusat pentadbirannya sendiri bagi memudahkan rakyat berurusan dengan agensi kerajaan negeri atau pusat termasuk proses pendaftaran pengenalan diri.

“Masalah ini sudah lama dan bukan perkara baharu. Penduduk perlu menempuh perjalanan tiga jam dan menanggung kos RM20 untuk mendapatkan kad pengenalan. Ramai akhirnya memilih untuk tidak menguruskan dokumen mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebagai pemimpin tempatan, beliau mengambil inisiatif sendiri dengan menyediakan dua buah feri bagi memudahkan perjalanan penduduk setempat untuk keluar masuk dari Pulau Bum-Bum ke Semporna.

Mengulas kerusi tersebut, Abd. Hajan berkata, kemenangan Sulabayan bergantung kepada sejauh mana kemampuan calon untuk menyelesaikan pelbagai isu melanda DUN tersebut di samping mengemukakan wakil dalam kalangan akar umbi.

“Kalau isu keselamatan dan dokumentasi pun belum mampu diselesaikan, mampukah mereka yakinkan rakyat?” soalnya.

Beliau mengingatkan bahawa sentimen penolakan terhadap parti luar masih kuat di kawasan itu dan ia menjadi cabaran bagi sesiapa yang bertanding.

“UMNO yang sudah lama pun dua kali kalah. PKR hanya dapat 400 undi. Kalau begitu, bagaimana parti lain mahu meyakinkan pengundi?” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN