PETALING JAYA: Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Afrika Selatan dijangka memberi tumpuan kepada bidang kerjasama utama meliputi perdagangan dan pelaburan, minyak sawit, industri halal, pendidikan serta pembangunan kapasiti. Perdana Menteri juga dijangka memberi penekanan terhadap sudut pandang ASEAN dalam dua sesi sidang kemuncak itu, selain mesyuarat dua hala dengan Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa bagi meneliti semula perbincangan yang dimulakan ketika lawatan rasmi pemimpin itu…










