Suami maut ditembak sepupu isteri

Suami maut ditembak sepupu isteri

SANAK saudara mengusung jenazah Mohd. Fuad Fahmie Ghazali untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Apam, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Dua suspek yang menembak seorang rakyat Malaysia di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand petang semalam merupakan sepupu kepada isterinya mangsa.

Ahli keluarga mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, semasa kejadian kedua-dua suspek hanya memakai topi bagi mengelakkan dari dikesan.

“Saya lihat sendiri bagaimana dua beradik itu datang dan menyerang arwah dengan menggunakan pistol masing-masing.

“Ketika kejadian, isteri serta bapa mentua arwah turut berada di dalam rumah,” katanya ketika pemberita di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, sebelum kejadian arwah sempat menunaikan solat Maghrib.

“Sebelum kejadian arwah menghubungi saya memandangkan sudah beberapa bulan tidak berjumpa dan saya kemudiannya berkunjung di rumahnya malam tadi,” ujarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, seorang rakyat Malaysia yang parah selepas dipercayai ditembak sebanyak lapan kali dalam kejadian di Sungai Golok, Thailand meninggal dunia malam tadi.

Mangsa, Mohd. Fuad Fahmie Ghazali, 33, menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan di Hospital Sungai Golok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN