BANGI: Sebuah stor peralatan sukan di sebuah sekolah di Jalan 3 di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.54 pagi sebelum seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi bergegas ke lokasi.
Menurutnya, jentera pertama tiba empat minit kemudian dan mendapati bangunan stor kelas A berkeluasan 20 x 60 kaki persegi itu terbakar 100 peratus.
“Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.
“Kebakaran berjaya dikawal pada 7.07 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pada selepas 30 minit kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kerja-kerja overhaul sedang dijalankan bagi memastikan tiada risiko nyalaan semula.- UTUSAN










