PETALING JAYA: Empat cadangan penambahbaikan tatakelola telah dibentangkan Unit Penyiasatan Tatakelola (UPT) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kepada Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) berhubung pengurusan pemberian bantuan kepada persatuan sukan di negeri itu. Cadangan pertama ialah penggunaan teknologi dan pendigitalan dalam proses permohonan serta pelaporan dan mempraktik serta mengamalkan penggunaan Surat Setuju Terima (SST). Selain mengemaskini arahan khusus, tindakan kawalan dan pengesanan dalam garis panduan serta pengemaskinian Garis Panduan…









