JERANTUT: Penduduk di Ulu Tembeling di sini mula berdepan dengan banjir apabila air Sungai Tembeling melimpah masuk ke dataran perniagaan dan jeti di Kampung Bantal di sini hari ini. Solat Subuh yang berkemundang di masjid kampung tersebut disambut dengan siren amaran dibunyikan pada pukul 5.45 pagi. Ia sekali gus mengejutkan penduduk yang sedang nyenyak tidur dan bergegas bangun melihat air Sungai Tembeling melimpah memenuhi dataran kedai kopi, jeti bot penambang…










