KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mendaftarkan semua pelarian di negara ini, termasuk etnik Rohingya, melalui Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) selewat-lewatnya Januari depan bagi mendapatkan data sebenar selain mengelak bergantung sepenuhnya kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata selama ini negara bergantung kepada UNHCR yang diragui ketepatannya justeru tidak dapat dipastikan sama ada maklumat mereka tepat atau kemungkinan jumlah sebenar lebih tinggi daripada laporan. Menerusi…










