Semua pelajar SPM terkesan banjir hadir peperiksaan

Semua pelajar SPM terkesan banjir hadir peperiksaan

Kesetiaan terpilih
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kesemua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Selangor yang terkesan dengan bencana banjir berjaya hadir ke sekolah bagi menduduki kertas pertama hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelajar yang menduduki peperiksaan besar itu termasuk dalam 2,336 mangsa banjir yang direkodkan setakat ini.

Katanya, setakat pemantauan pagi ini, semua calon hadir ke pusat peperiksaan walaupun sebahagian daripada mereka mengalami kelewatan berpunca daripada pemindahan sementara.

“Kita sedang mengenal pasti pelajar yang berpindah ke rumah saudara, rakan atau pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memastikan mereka menerima bantuan sewajarnya sepanjang tempoh peperiksaan.

“Setakat kertas pertama pagi ini, saya dimaklumkan semua hadir. Kita akan pastikan esok dan hari-hari berikutnya mereka terus mendapat sokongan untuk terus hadir,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran serta Penyerahan Lori Operasi SELKitar Negeri Selangor, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Tambahnya, pemantauan akan diteruskan sehingga peperiksaan selesai bagi memastikan calon tidak tercicir susulan banjir yang melibatkan lima hingga enam daerah di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN