Saya dalam fasa bahagia - Aliff Aziz - Utusan Malaysia

Saya dalam fasa bahagia – Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz belum merancang untuk mencari peneman kehidupan dalam masa terdekat.

Kata pemilik nama sebenar Mohammad Aliff Aziz, 34, dia ketika ini hanya ingin memberikan tumpuan untuk memperbaiki diri sendiri dan menjaga keluarga.

“Saya sekarang ini berada dalam fasa bahagia, gembira dan mahu memperbaiki diri.

“Saya ingin jadi manusia baik. Itu yang saya fokuskan sekarang,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Havoc Trio Fest 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini.

Bekas suami m pelakon Bella Astillah itu berkata, dia enggan terlalu berkongsi tentang hal soal peribadi kerana khuatir disalah tafsir.

“Saya rasa soalan itu tak perlu dijawab. Ramai mungkin merasakan hal peribadi saya tidak penting untuk diceritakan.

“Saya jawab apabila rakan-rakan media bertanya, tapi pada masa sama saya tak mahu terlalu bercerita kerana akan disalah anggap,” ujarnya.

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 sebelum bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024. Mereka yang dikurniakan dua cahaya mata.

Pada 9 Mac lalu, Aliff terpalit kontroversi selepas ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara dengan aktres Ruhainies.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN