Runtuhan pelantar: Lapan pekerja syarikat petroleum diselamatkan

Runtuhan pelantar: Lapan pekerja syarikat petroleum diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Lapan pekerja sebuah syarikat petroleum diselamatkan dalam insiden runtuhan struktur pelantar di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung mangsa berusia antara 20-man hingga 50-an yang terkandas di kawasan platform tersebut pada pukul 1.05 pagi.

Katanya, lima mangsa berjaya menyelamatkan diri ke bot tunda (tugboat) milik syarikat manakala dua lagi berada di bot penyelamat pasukan kecemasan syarikat sementara seorang lagi terkandas di atas jeti.

“Namun kesemua mangsa tidak dapat balik ke darat disebabkan keadaan laut yang bergelora serta angin kencang,” katanya hari ini.

Susulan itu, pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat bersama pengurusan syarikat.

“Kesemua mangsa kemudian berjaya diselamatkan seterusnya dibawa ke darat dan operasi tamat pada pukul 6 pagi tadi,” katanya.

Terdahulu di Melaka, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Sri Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, ribut tropika Senyar yang melanda perairan Selat Melaka pagi tadi turut mencetuskan insiden runtuhan struktur pelantar yang membabitkan lapan mangsa di Port Dickson. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN