TELUK INTAN: Pemilik rumah yang pernah menjadi kediaman seniwati tersohor negara, Allahyarham Norizan, mahu rumah berkenaan terus tersergam sebagai menghargai legasi pelakon itu. Kediaman dibina tahun 40-an itu dikatakan hadiah daripada Almarhum Sultan Perak ke-32, Sultan Yussuf Izzuddin Shah, kepada Norizan selepas perkahwinan mereka. Bagaimanapun, ia ditinggalkan Norizan selepas berpisah dan berkahwin dengan P. Ramlee. Najlil Hayati Abdullah, 61, pemilik rumah, mendedahkan premis itu dibuka untuk jualan namun tiada pembeli.…










