Ruji Ubi selesai mengundi DUN Merotai

Ruji Ubi selesai mengundi DUN Merotai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Datuk Ruji Ubi selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pada 7.40 pagi.

Beliau bersama-sama isterinya, Datin Kamariah Abd Rahman mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Matahir, Tawau, setelah tiba di pusat undi itu sebaik dibuka pada 7.30 pagi.

Ruji menerusi hantaran Facebook berkata, beliau merupakan antara yang terawal buang undi hari ini.

Alhamdulillah, kami sekeluarga telah selesai mengundi awal pagi tadi di Pusat Mengundi SK Sungai Haji Matahir. Kami pun antara yang terawal buang undi hari ini,” katanya.

Ruji yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, berdepan saingan empat penjuru di DUN Merotai yang mempunyai 26,179 pemilih berdaftar.

Merotai ialah satu daripada empat DUN dalam Parlimen Kalabakan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN