KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1.08 bilion diperuntukkan kerajaan bagi pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah bagi tahun 2025. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, daripada jumlah itu, RM1.077 bilion disalurkan bagi tujuan emolumen manakala RM9.25 juta bagi bukan emolumen. Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) turut memperuntukkan RM3.38 juta bagi pembangunan modul serta latihan guru prasekolah selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 yang akan diperkenalkan secara rasmi tahun depan. “Latihan penataran…










