Ribut rosakkan premis perniagaan tepi pantai

Ribut rosakkan premis perniagaan tepi pantai

GERAI-gerai MyKiosk yang rosak akibat dipukul ribut di Pantai Saujana, Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Ribut tropika Senyar yang melanda daerah ini sejak tengah malam tadi telah menyebabkan premis-premis perniagaan di sekitar pantai peranginan di sini mengalami kerosakan.

Tidak terkecuali premis MyKiosk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan premis perniagaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang terletak di Pantai Saujana dan Pantai Bagan Pinang di sini.

Seorang peniaga pakaian dan barangan pantai, di Pantai Saujana, Azman Rawi, 50, berkata, kejadian tersebut menyebabkan bumbung di bahagian depan gerainya rosak.

“Saya pada mulanya terdengar bunyi angin kuat yang berterusan sehingga menyebabkan saya dan isteri sukar tidur. Apabila tengok di luar rumah, memang kuat angin malam tadi.

“Masa terdengar tu, saya terus teringat kiosk sebab kawasan belakang kedai kami selalu air naik apabila hujan lebat. Pagi ini saya lihat bumbung kedai sudah rosak dan saya tidak dapat berniaga buat sementara waktu,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi peniaga, Asmah Mohd. Yusof, 41, bumbung kiosk perniagaannya juga tercabut akibat ribut kuat.

“Barang-barang dan lampu pun rosak. Sebelum ini pernah kena ribut tapi tak seteruk kali ini,” katanya yang memberitahu empat daripada 10 kiosk di kawasan itu mengalami kerosakan teruk.

Sementara itu, peniaga makanan dan minuman, Hafisza Muhamed, 45, berkata, kejadian angin kuat berlaku sekitar pukul 1 pagi sehingga menerbangkan khemah perniagaannya dan bumbung kiosk peniaga lain

“Saya harap pihak berkuasa tempatan dapat membantu membaiki kerosakan dengan segera memandangkan perniagaan ini merupakan sumber pendapatan utama kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN