KUALA LUMPUR : Kegiatan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang mendapatkan bayaran sehingga RM500 bagi perkhidmatan seks di pusat hiburan di Desa Sri Hartamas di sini dibongkar dalam serbuan pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Isnin lalu. Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, menerusi serbuan Op Gegar bermula pukul 10.45 malam itu, seramai 16 individu ditahan iaitu 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta seorang majikan tempatan.…










