SEMPORNA:, Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berdepan saingan sengit di kubu kuat beliau apabila berlaku pertandingan lima penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang.
Mohd. Shafie dicabar calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Marunda KK Ampong; Mohd. Lipai @ Samsu Sundalu(Parti Impian Sabah); bekas Menteri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Askalani Andul Rahim yang bertanding sebagai calon Bebas; serta Abdul Majid Angkulan dari Parti Perpaduan Malaysia.
Suasana di pusat penamaan calon berjalan lancar dengan kawalan keselamatan teratur meskipun jumlah penyokong yang hadir agak ramai.
Pada 6 Oktober lalu, DUN Sabah dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah ke-17 .
Pengumuman berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman. -UTUSAN










