Kehadiran pengundi awal cecah 92.5 peratus

PRN Sabah: Kehadiran pengundi awal cecah 92.5 peratus

Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin dan isteri, Datin Noriza Md Rashid melaksanakan tanggungjawab mengundi awal Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi, Putatan.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan kehadiran seramai 92.5 peratus atau 17,615 orang pengundi awal membabitkan anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pengundian awal yang bermula seawal 8 pagi itu melibatkan 58 pusat mengundi awal di seluruh Sabah, sebelum ditutup sepenuhnya pada pukul 5 petang.

“Seramai 8,347 orang anggota tentera serta pasangan dan 10,696 orang anggota polis serta Polis PGA dan pasangan layak untuk mengundi awal dalam PRN Sabah Ke-17 ini.

“Sejumlah 92.5 peratus atau 17,615 orang pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Shahril berkata, SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, petugas media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN