TUARAN: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor yakin bahawa parti itu akan meraih kemenangan majoriti besar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Beliau berkata, calon-calon setiap parti sudah diumumkan dan semua boleh bertanding bermula hari ini. “Hari ini kita sudah tahu calon-calon Sulaman. Inilah demokrasi semua boleh bertanding, saya amat yakin GRS akan menang dengan majoriti yang besar di kawasan…








