PRN Sabah: Gelombang Biru iringi calon BN

PRN Sabah: Gelombang Biru iringi calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Dewan Pak Musa, di sini apabila Barisan Nasional (BN) hadir dengan gelombang biru yang memenuhi kawasan seawal 7.30 pagi.

Bendahari BN merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani mengiringi dua calonnya iaitu Osin Jilon bagi kerusi N.32 Klias dan Datuk Awang Aslee Lakat bagi kerusi N.33 Kuala Penyu.

Turut sama mengiringi kedua-dua calon yang berarak masuk ke pusat penamaan ialah Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO merangkap Ketua UMNO Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan serta kepimpinan parti, jentera BN dan ratusan penyokong yang bersemangat.

Suasana di pekarangan dewan bertambah hangat dengan nyanyian lagu-lagu perjuangan, kibaran bendera biru dan sorakan penyokong yang menunjukkan keyakinan tinggi terhadap dua calon tersebut.

Kehadiran gelombang biru ini turut menggambarkan sokongan kukuh BN di Beaufort.

Proses penamaan calon di Dewan Pak Musa berjalan lancar dan terkawal dengan pemantauan pihak keselamatan, manakala penyokong peringkat akar umbi memanfaatkan kesempatan untuk menyatakan sokongan terhadap calon pilihan mereka. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN