TUARAN: Seorang calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Dusi Gingging yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tiba-tiba mengadu tidak sihat ketika menunggu cabutan undi calon di Dewan Seri Sulaman, di sini. Calon itu tiba-tiba tidak sihat sebelum dia dibantu Dr Shahnon Rizal Thajuddin yang juga calon Barisan Nasional (BN) Sulaman dan calon Parti Warisan Tamparuli, Dr Joseph Lee. Petugas Pilihan Raya kemudian meminta bantuan…










