PRN Sabah: BN tampil 80 peratus muka baharu

PRN Sabah: BN tampil 80 peratus muka baharu

AHMAD Zahid Hamidi merasmikan Festival Idea Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) akan menampilkan kira-kira 80 peratus muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah nanti.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan dan penetapan calon bagi PRN Sabah kini sudah hampir selesai dan kini sudah mencapai tahap 95 peratus.

“Saya rasa hampir 80 peratus adalah wajah baharu (calon muka baharu),” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 di sini, hari ini.

Ditanya sama ada BN Sabah akan bertanding 48 kerusi pada PRN itu nanti, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau akan mengumumkan perkara itu minggu depan di Kota Kinabalu, Sabah.

Media sebelum ini melaporkan, BN Sabah berhasrat untuk bertanding di 48 kerusi pada PRN kali ini dan perbincangan pembahagian kerusi antara BN serta Pakatan Harapan (PH) kini di fasa akhir dengan hampir 70 peratus dimuktamadkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN