NARATHIWAT (THAILAND): Polis negara ini giat memburu suspek yang dipercayai menembak mati seorang lelaki rakyat Malaysia di Sungai Golok, petang semalam. Jurucakap Polis Wilayah Narathiwat ketika dihubungi berkata, suspek dikenali sebagai Haris Samae, 31, melarikan diri menggunakan sebuah pikap selepas kejadian. “Gambar suspek telah diperoleh. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga mengesan pikap jenis Toyota Vigo dengan nombor pendaftaran Narathiwat, yang digunakan untuk melarikan diri. Gerakan memburu suspek masih diteruskan…










