KOTA KINABALU: Polis Sabah telah membuka 53 kertas siasatan selepas menerima 85 laporan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bermula 15 November lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, antara kesalahan, termasuk beberapa kes salah guna media sosial dan kes perbuatan khianat, terutama vandalisme membabitkan poster, bendera serta bahan kempen lain. Katanya, sebanyak 7,288 permit kempen telah dikeluarkan setakat kini kepada semua petugas kempen pilihan raya …










