PN yakin tewaskan Warisan di Tanjung Aru

PN yakin tewaskan Warisan di Tanjung Aru

SUHAIMI BUANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Suhaimi Buang optimis pengundi Melayu Islam sekitar lebih 12,000 orang menjadi faktor penting dalam saingannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Katanya, tindakan tersebut sekali gus memberi kelebihan kepadanya untuk mendapat undi yang lebih daripada saingannya yang lain.

“Masyarakat di sini sudah pernah merasai pemerintahan Warisan. Malah, Pengundi muslim sahaja 12,000 orang iaitu pengundi Melayu Islam. Jadi saya merupakan salah seorang daripada calon Melayu-Islam dan tujuh calon Cina. Sebab itu, kami berharap undi daripada pengundi Melayu Islam dapat diperoleh secara penuh.

“Selain itu, kita maklum mungkin ada undi protes daripada kalangan penyokong BN yang tidak dapat bertanding kerana isu DAP yang mengambil kerusi tersebut.

“Jadi, penerimaan masyarakat setempat setakat ini sangat menggalakkan walaupun dari segi perang bendera kita kalah,” katanya ditemui semalam.

Suhaimi bertanding di kawasan tersebut buat kali pertama, bakal merebut tempat sebagai wakil rakyat dengan lapan pesaing yang lain termasuk penyandang, Datuk Junz Wong Hong Jun daripada Warisan.

Suhaimi turut mendakwa penduduk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Warisan sebelum ini, khususnya dalam aspek bantuan.

Dakwanya, terdapat amalan berat sebelah apabila bantuan diagihkan tidak sama rata antara kawasan yang menyokong parti pemerintah dan kawasan yang memihak kepada PN.

“Di Pulau Gaya ada jambatan simen, tetapi di kawasan yang cenderung menyokong Warisan. Tetapi jambatan yang cenderung kepada pembangkang rosak dan tidak disimen sehingga hari ini.

“Itu yang kita nak ubah kerana sepatutnya agihan bantuan dibuat secraa adil tanpa mengenal parti politik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN