PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mengumumkan bertanding di 41 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17. Antara nama besar yang diumumkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang ditempatkan di DUN Sugut. Turut dinamakan ialah Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan yang dipertaruhkan untuk merampas DUN Karambunai manakala Naib Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi…










