Lelaki maut disambar petir

Lelaki maut disambar petir

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang lelaki maut dipercayai akibat disambar petir selepas pulang daripada melakukan aktiviti memancing di perairan ini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, kejadian berlaku di Jeti Nelayan Teluk Baru pada pukul 7.50 malam ketika hujan.

“Mangsa sempat mencuci bot dan menunaikan solat Maghrib sebelum membuat keputusan untuk segera pulang walaupun cuaca hujan kerana dia mengadu dalam keadaan basah dan sejuk.

“Mangsa kemudian mengambil motosikal dan ketika mahu mengambil barang pancing, dia telah disambar petir lalu terjatuh ke bawah jeti,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, sejurus kejadian, mangsa dipercayai rebah di tangga jeti sebelum jatuh ke laut sebelum rakan-rakan mangsa bersama orang awam mengangkatnya ke atas bot untuk dibawa ke darat.

Khairul Azhar berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha sebelum disahkan meninggal dunia pada 9.35 malam sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN