PM zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak

PM zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Perdana Menteri turut mendoakan kesejahteraan Sultan Nazrin serta seluruh kerabat diraja Perak.

“Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri serta seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan serta sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama. Dirgahayu Tuanku,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN