PM kongsi detik ‘healing’ bersama cucu, ucap syukur kian pulih

PM kongsi detik ‘healing’ bersama cucu, ucap syukur kian pulih

FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi perkembangan kesihatannya yang semakin baik selepas melalui tempoh pemulihan (healing).

Menerusi hantaran di platform Facebook, Anwar turut menzahirkan rasa syukur.

“Healing dengan cucu. Alhamdulillah, kian beransur pulih. Terima kasih atas doa semua,” katanya.

Beliau turut memuat naik video santai bersama cucu dan anaknya, yang digambarkan sebagai sebahagian sokongan dalam proses pemulihan.

Anwar terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang yang dijadualkan semalam.

Dalam kenyataan berasingan, Anwar turut merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berangkat memulakan lawatan negara ke Arab Saudi dan Bahrain.

“Patik mendoakan semoga keberangkatan Tuanku dan delegasi dirahmati Allah serta dikurniakan keselamatan, kesejahteraan dan kejayaan sepanjang lawatan negara ini.

“Patik mohon ampun kerana tidak dapat bersama mengiringi keberangkatan Tuanku atas kekangan urusan kesihatan yang tidak mengizinkan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, lawatan negara berkenaan akan membawa limpahan manfaat dan pulangan terbaik buat rakyat dan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN